Friday, November 27, 2009

Kek Coklat( Kukus)

Bahan-bahan ( loyang 8 in x 8 in = 2kg)
• 1 cawan gula perang
• 1 cawan susu segar perisa coklat
• 1 cawan minyak
• ¾ cawan serbuk koko
• ½ tin susu pekat manis
• 1 ¼ cawan tepung gandum
• 1 sudu teh soda bikarbonat
• 1 sudu teh baking powder
• 3 biji telur

====================================
Toping- coklat cream:
• ¼ cawan serbuk coklat
• ½ cawan susu pekat manis
• ¼ cawan susu segar perisa coklat
• ½ cawan minyak masak

Satukan semua bahan di atas dan dimasak menggunakan kaedah double-boiler

Nota: Utk kepekatan coklat toping, adjust sendiri sukatan susu segar. Untuk kemanisan pulak, adjust sukatan susu pekat. (Atau untuk mudah beli saja ready-made: coklat crème)

Note: Utk cepat, coklat cream boleh ganti dgn yg readymade atau Whip Topping Choc By Rich’s

====================================

Cara-cara
1. Masukkan serbuk koko, gula & minyak. Gaulkan
2. Kemudian masukkan pula dalam (1), susu segar dan susu pekat.
3. Panaskan dalam api kecil & gaul sehingga bahan-bahan di atas sebati dan gula larut dan bahan menjadi lembut/halus. Sejukkan/ketepikan.
4. Pukul telur dan kemudian masukkan dalam adunan di atas.
5. Gaulkan tepung, soda bikarbonat & baking powder dan ayak.
4. Masukkan tepung sedikit sedikit dalam adunan tadi dan gaul sebati.
5. Tuang ke dalam loyang yang telah di leser dengan minyak dan lapik dengan kertas minyak.
6. Kukus selama 1 jam 30 minit (tutup atasnya dengan aluminium foil)
7. Setelah masak, angkat dari kukusan dan tuangkan coklat cream semasa panas diatasnya. Coklat cream dituang semasa kek masih panas, untuk mengekalkan kelembapan kek.
8. Potong kek menjadi 2 bahagian, satu untuk dimakan dan satu lagi untuk di deliver ke rumah sali.suhaimi@gmail.com :-) !!!

No comments:

Post a Comment