Friday, November 27, 2009

Kek Coklat( Kukus)

Bahan-bahan ( loyang 8 in x 8 in = 2kg)
• 1 cawan gula perang
• 1 cawan susu segar perisa coklat
• 1 cawan minyak
• ¾ cawan serbuk koko
• ½ tin susu pekat manis
• 1 ¼ cawan tepung gandum
• 1 sudu teh soda bikarbonat
• 1 sudu teh baking powder
• 3 biji telur

====================================
Toping- coklat cream:
• ¼ cawan serbuk coklat
• ½ cawan susu pekat manis
• ¼ cawan susu segar perisa coklat
• ½ cawan minyak masak

Satukan semua bahan di atas dan dimasak menggunakan kaedah double-boiler

Nota: Utk kepekatan coklat toping, adjust sendiri sukatan susu segar. Untuk kemanisan pulak, adjust sukatan susu pekat. (Atau untuk mudah beli saja ready-made: coklat crème)

Note: Utk cepat, coklat cream boleh ganti dgn yg readymade atau Whip Topping Choc By Rich’s

====================================

Cara-cara
1. Masukkan serbuk koko, gula & minyak. Gaulkan
2. Kemudian masukkan pula dalam (1), susu segar dan susu pekat.
3. Panaskan dalam api kecil & gaul sehingga bahan-bahan di atas sebati dan gula larut dan bahan menjadi lembut/halus. Sejukkan/ketepikan.
4. Pukul telur dan kemudian masukkan dalam adunan di atas.
5. Gaulkan tepung, soda bikarbonat & baking powder dan ayak.
4. Masukkan tepung sedikit sedikit dalam adunan tadi dan gaul sebati.
5. Tuang ke dalam loyang yang telah di leser dengan minyak dan lapik dengan kertas minyak.
6. Kukus selama 1 jam 30 minit (tutup atasnya dengan aluminium foil)
7. Setelah masak, angkat dari kukusan dan tuangkan coklat cream semasa panas diatasnya. Coklat cream dituang semasa kek masih panas, untuk mengekalkan kelembapan kek.
8. Potong kek menjadi 2 bahagian, satu untuk dimakan dan satu lagi untuk di deliver ke rumah sali.suhaimi@gmail.com :-) !!!

Monday, November 23, 2009

Jenahak Panggang













Bahan - bahannya :-
2 ekor ikan jenahak
2 cawan santan
10 tangkai cili kering
3 batang serai
2 biji bawang besar
Belacan
1/2 inci halia
Air asam jawa
Garam
Gula
Bahan perasa
Cara membuatnya :-
-Ikan jenahak di panggang terlebih dahulu.
- Tumis bahan kisar seperti cili kering , serai , bawang besar ,
halia dan belacan hingga naik bau .
- Masukkan santan dan air asam jawa .
- Masukkan garam , gula dan bahan perasa secukup rasa .
- Curahkan bahan tumis ke atas ikan yang telah dipanggang tadi .
- Sedia untuk dihidangkan .

Monday, November 16, 2009

Nasi Dagang

1/2 kg beras lembut (beras nasi dagang yg kaler coklat tu)
6 ulas bawang merah, dimayang halus (pandai2 agak la yer, kalau bawang tu agak besar kurangkan la bilangan)
1/2 inci halia, dimayang halus
1 1/2 sudu kecil halba
3/4 cawan pati santan (kalau tak suka lemak sangat kurangkan santan tu)
garam+gula (larutkan dalam santan. Setengah org letak jugak gula sikit, kalau tak suka manis like me, tak yah letak)

Cara2:

- basuh beras n rendam dalam 5-6 jam. Toskan (Kalau nak masak pagi esoknya rendam dalam kol 10/11 mlm)
- kukus beras dalam 15-20 mins kemudian angkat dan masukkan dalam bekas lain. Gaul dengan separuh santan. kukus balik dalam 20-30 minit.
- Angkat dan gaulkan dengan santan yang selebihnya, bawang, halia dan juga halba. Kukus lagi sampai masak. Angkat dan hidangkan bersama gulai ikan tongkol/ayam, acar mentah, serunding kelapa dan telur rebus.

Resepi Gulai Ikan Tongkol

1 ekor ikan tongkol hitam (rebus bersama asam keping dan garam)
10 biji bawang merah (dikisar)
1 biji kelapa (dijadikan santan)
1 inci kunyit hidup/ satu sudu kecil serbuk kunyit (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1 inci lengkuas (dikisar)
5 tangkai cili kering, dikisar (pandai2 ejas sendiri tahap kepedasannya la ya)
sedikit jintan putih+jintan manis
1 keping asam keping
Cili merah/hijau
garam secukup rasa
gula melaka secukup rasa

Cara2:
-Tumis bahan kisar sampai naik bau, kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar. Tumis lagi.
-Masukkan santan, asam keping, garam dan gula melaka. Masak hingga menggelegak kemudian masukkan ikan.
-Masukkan cili merah/hijau.

Nota kaki.
*Boleh juga guna belimbing buluh/tomato bagi menggantikan asam keping dalam gulai tu. Untuk gulai ayam, saya biasanya buat gulai kari atau gulai darat (ni susah nak terangkan sebab rempah ni dikenali kat pantai timur jer)
*Sukatan ni pakai agak2 jer, pandai2 la ejas sendiri ya.

Wednesday, November 11, 2009

Peanut Butter Pancake Rolls

Bahan-bahan ( 3-4 )

1 cawan Tepung Gandum
1 sudu besar Gula Halus
1 sudu kecil Baking Powder
1/2 sudu kecil Baking Soda
4/5 cawan Susu Segar
1 biji Telur
1/4 sudu kecil Vanilla Esen
1/2 sudu besar Minyak Masak
Garam secukup rasa
Peanut Butter atau jam (ikut rasa masing2)
Gula Pasir (optional)
Cara-cara

Masukkan gula, susu, telur and vanilla ke dalam mangkuk besar. Kacau hingga sebati.
Masukkan (ke dalam mangkuk tadi) tepung, baking powder, baking soda, garam dan minyak. Gaul sampai rata.
Panaskan non-stick pan dgn api kecil. Masukkan 1/4 cawan campuran (2). Masak sampai perang sebelah.
Sapukan penut butter dan taruh sedikit gula kalau suka. Gulungkan dan potong dua.

(Sumber: Myresepi.com)

Thursday, November 5, 2009

Kek Chiffon Pandan

Bahan A
6 biji putih telur
3/4 sudu kecil Cream of Tartar

Bahan B
6 biji telur kuning
100 gram gula
120 gram tepung naik sendiri
1 sudu besar pandan paste campur dgn 7 sudu air
5 sudu besar olive oil


Cara2:

Bahan A:Pukul putih telur bersama cream of tartar. Pukul kembang hingga keluar tanduk...
Bahan B:Dalam bekas lain, pukul sebati kuning telur dgn gula. Masukkan air pandan dan minyak. Kemudia masukkan tepung yg sudah diayak. Gaul sebati.

Kemudian, masukkan adunan kuning telur (Bahan B)kedalam mangkuk adunan putih telur (Bahan A). Gaul rata secara kaup balik menggunakan spatula. Lengserkan mould. Masukkan adunan.

Masak dlm oven yg sudah dipanaskan terlebih dahulu dgn suhu 160 - 170 darjah celcius atau Gasmark 3-4. Masak selama 45-50 minit. Setelah masak, terbalikkan mould semasa kek masih panas. Tunggu sejuk dan dah boleh potongggg.....

Kek Span

Bahan-bahan ( saiz 18 cm )

3 biji telur
1 cawan tepung gandum (100g)
1 cawan gula (110g) - kalau nak kurang manis kurangkan gula
2 sudu kecil susu segar
15g butter - panaskan susu dan cairkan butter di dalamnya
esen vanila
Cara-cara

panaskan oven ke suhu 180 darjah. asingkan telur putih dan kuning. pukul kuning telur dan 1/3 gula sehingga telur menjadi keputihan
dalam bekas lain pukul putih telur bersama baki gula tadi sehingga kembang dan bertanduk.
masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gaul rata
masukkan kuning teluar yg telah dipukul tadi ke dalam adunan.
masukkan campuran susu dan butter dan sedikit esen vanila. pukul hingga sebati.
masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25-30 minit.

Kek Coklat

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
==============================
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara

Pukul telur hingga kembang
Masukkan gula dan pukul lagi
Kemudian masukkan minyak masak
Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk