Monday, August 31, 2009

Mango Mousse


















Bahan-bahan ( 3-4 orang ) :
200g yogurt tanpa perisa
100ml susu segar
1-2 biji mango
16g gula
5g gelatin + 1 sudu besar air panas

Cara-cara :
Kupas kulit mango. Masukkan semua bahan kecuali gelatin ke dalam blender or mixer. Mix sehingga semuanya sebati.
Masukkan pula gelatin. Mix lagi dalam 1-2 minit.
Tuang ke dalam acuan. Sejukkan dalam peti sejuk.
Hiaskan dengan mango yg dipotong dadu sebelum dimakan.
Note: Kalau mango tu manis, boleh kurangkan gula. Kalau takde fresh mango, boleh guna yg dalam tin.

(Sumber: Myresepi.com)

Saturday, August 29, 2009

Puding Choc Salju


Bahan-bahan ( 10 0rang ) :
500 ml susu segar
80g-100 g gula halus
25 g mentega
100 g choc. masakan-dipotong kecil atau 50 g serbuk koko
25 g tepung jagung dibancuh dengan sedikit susu


Cara-cara:
Susu,gula,mentega dan choc. masakan dimasak hingga larut dan mendidih sambil sentiasa dikacau.
Kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung sambil adunan susu dikacau terus sehingga campuran puding menjadi licin.Matikan api.
Masukkan adunan kedalam mangkuk2 puding yg kecil yg sesuai utk disajikan utk tetamu.Hias dgn choc. putih parut,choc. rice,kekacang cincang atau apa saja ikut selera.Simpan di dlm peti sejuk.Sedap disajikan sejuk.
**Atau adunan boleh dibubuh ke dlm mangkuk2 kecil bertutup supaya mudah utk anak2 memakannya.

(Sumber: Myresepi.com)
***Adunan puding ini tak sesuai dibubuh di dlm loyang atau bekas yg besar kerana puding ini jenis yg lembut tak boleh dipotong....tapi kalau nk bubuh jugak dlm bekas besar...masa menghidang,kenalah cedok dgn sendok.... :)
***klau menggunakan serbuk koko,lebihkan tepung jagung sedikit sebab adunan agak lembut drpd menggunakan choc potong tapi klau tak tambah tepung jagung pun tak apa asalkan adunan dibubuh di dalam mangkuk2 kecil...puding dalam gambar adalah contoh yg menggunakan serbuk koko...

Friday, August 28, 2009

Choc Egg Pudding


Bahan-bahan ( 5-6 orang ) :
250 ml susu segar
2 sb serbuk koko
3 sb gula halus
2 biji telur
mangkuk puding yg kecil2 atau ramekin



Cara-cara :
Panaskan kukusan.
Satukan susu,koko,gula dan telur di dalam sebuah mangkuk dan dikacau hingga gula larut.
Tuang adunan ke dalam mangkuk puding yang kecil 3/4 penuh.
Tutup mangkuk berisi puding dengan aluminium foil.
Kukus selama 20 min atau hingga masak.
Puding siap untuk disajikan.Sedap juga dihidangkan dgn ice-cream vanilla jika suka.
***Dalam cara2 step 4,klau tk tutup dgn alum foil pun boleh jugak tapi penutup kukusan hendaklah dibalut dgn kain.Puding ini jenis yang lembut,tak sesuai dibubuh dlm bekas yg besar kerana tk boleh dipotong.

(Sumber: Myresepi.com)

Creme Brulee












Bahan-bahan ( 6 mangkuk kecil ) :
5 biji kuning telur
2 sudu gula
600ml whip cream
sedikit esen vanilla
45g gula perang (untuk ditabur dibahagian atas)

Cara-cara :
Masukkan krim kedalam periuk dan kacau gunakan kaedah 'double boiler'. Gunakan api sederhana.
Pukul telur, gula & esen sehingga sebati dan masukkan kedalam larutan krim. Kacau sehingga sedikit pekat.
Tuangkan adunan kedalam mangkuk kecil. Kemudian bakar dalam oven dengan suhu 140°c selama 40 minit menggunakan kaedah 'bain marie'.
Setelah masak, sejukkan sebentar. Tabur gula perang dibahagian atas kemudian masukkan semula kedalam oven dan bakar guna api atas sehingga gula cair dan bertukar menjadi caramel.
Sejukkan dalam peti ais selama beberapa jam, dan sedia untuk di hidang.
** Caramel yg telah disejukkan akan mengeras dipermukaan atas dessert. Cara makan : ketuk sedikit karamel dan kaup cream dibahagian bawah, dan.....ngapp!! Yummy!


(Sumber : Myresepi.com)

Rich Choc Pudding












Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar ) :
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara :
Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
Masukkan butter, kacau hingga pekat.
Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.

(Sumber : Myresepi.com)

Murtabak Segera













Bahan-bahan ( 6 keping ) :
100 g daging cincang
2 biji ubi kentang
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
daun sup
minyak
1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
kulit popia
2 biji telur

Cara-cara :
1. Mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
2. Apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

(Sumber: Myresepi.com)

Thursday, August 27, 2009

Roti Pizza Simple












Bahan-bahan ( ikut sukatan sendiri ) :
Beberapa keping roti potong
Sayur 3 beradik (Jagung, kacang peas & lobak merah)
Sosej - dihiris kepingan tipis
Kepingan slice cheese - dipotong memanjang /
Parutan Mozarella / Cheeddar Cheesee
Cili sos
Mayonis
Serbuk lada hitam & serbuk lada sulah (Optional)

Cara-cara :
Sapu permukaan roti dengan sos cili.
Tabur sayur tiga beradik dan kepingan sosej.
Taburkan parutan mozarella dan cheddar chese
Taburkan sedikit serbuk lada hitam dan lada sulah di atasnya.
Bakar lebih kurang 15 minit atau sehingga cheese mencair.
Bubuh mayonis dan sos

(Sumber: Myresepi.com)

Wednesday, August 26, 2009

Kek Gula Hangus















Bahan-bahan ( 6 orang ):
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camt soda bikarbonat
4 biji telur
2 camb mentega

Cara-cara:
Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"

(sumber: Myresepi.com)

Tuesday, August 25, 2009

Roti Aiskrim Goreng



Bahan-bahan ( 1 orang ) :
2 keping roti
aiskrim (sebarang jenama)
tepung jagung (dibancuh dgn air)
coklat chip

Cara-cara :
Ambil 2 keping roti (yg selalu org buat sandwish tu) gelekkannya bagi leper dengan cawan ataupun pengelek. Kemudian letakkan sekeping roti di bawah dan sudukan 1 sudu aiskrim dan taburan coklat chip di atasnya, selepas itu tutupkannya dengan sekeping roti lagi yang telah di sapu dengan bancuhan tepung jagung di hujungnya, terapkannya pada bentuk bulat dan terus masukkan ke dalam peti ais selama 2-3 jam. Kemudian boleh di kuarkan dan di goreng dengan minyak yang penuh, angkat dan lap dengan tisu kedap minyak

(Sumber: Myresepi.com)

Roti Nasi












Bahan-bahan ( dpt satu buku roti ) :
80 gram nasi putih
100 ml air
250 gram tepung roti
60 ml susu segar
4 gram dry yeast
2 sudu besar gula
20 gram butter atau marjerin
1 sudu kecil garam

Cara-cara :
Mula-mula aktifkan dry yis tu dgn 1\2 sudu kecil gula n tepung dan masukkan dlm air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih.
kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.
masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan.
rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.
kemudian terap doh memanjang dan lipat 3
letakkan doh dlm acuan sandwish loaf dan biar hingga doh menjadi dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.
keluarkan dr oven dan glis roti tadi dengan butter utk dapatkan permukaan yang berkilat.
sedia utk dimakan dan roti ni mmg lembut dan gebu sepanjang masa. Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner. Selamat Mencuba.

(Sumber: Myresepi.com)

Roti Goreng Berudang













Bahan-bahan ( 3-4 orang ) :
6-8 ekor udang besar (dicincangkan
1 biji telur kecil
1 sudu besar lobak merah yg telah dicincangkan
1 sudu besar daun bawang yg telah dicincangkan
3/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil tepung jagung
4 keping roti
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
Masukkan semua bahan-bahan kecuali roti and minyak ke dalam mangkuk besar. Gaul sampai rata dan diketepikan.
Setiap keping roti dibahagikan 4 dan sapukan degan campuran udang.
Goreng roti yg telah disapu dgn campuran udang segera. Goreng sampai perang.

(Sumber: Myresepi.com)

Roti John Mudah












Bahan-bahan ( 4-6 orang ) :
250gm daging cincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
sedikit garam
3 biji telor
sedikit butter
6 keping roti 'finger rolls'
sos dan mayonis

Cara-cara :
Blend bawang dan bawang putih
Panaskan minyak, tumis bahan yang diblend dan masukkan serbuk kari
Masukkan daging cincang dan letakkan garam secukupnya hingga masak
Belah dua roti jangan sampai putus
Masukkan telor dalam daging cincang
Pukul sebentar telor+daging
Panaskan butter dlm kuali
Sapukan aduna daging+telor atas roti
Terlangkupkan atas kuali
Terbalikkan adunan jika telah masak dan biarkan sebentar
Angkat setelah bahagian bawah sudah sedikit garing
Hiaskan dengan sos dan mayonis

Maja Blanca




















Bahan-bahan ( loyang 8inchi x 8inchi ) :
1/2 cawan cornstarch@tepung jagung
1/2 cawan gula - leh kurangkan klu tk suka manis
1/4 cawan air
2 cawan santan
1/4 cawan jagung manis dlm tin
1/4 cawan kismis
1/2 cawan kacang tanah hancur - utk topping

Cara-cara :
Gris loyang dengan minyak. ketepikan.
Dalam mangkuk, satukan cornstarch,gula,air dan santan.kacau sebati.
Masukkan jagung dan juga kismis. *jagung n kismis hana cincang kasar.
Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk. masak dengan api sederhana hingga likat atau pekat.
Tuang ke dalam loyang.
Taburkan ngan kacang tanah. kemudian sejukkan dlm esbok.
Potong2 dan hidangkan

(Sumber: Myresepi.com)

Double Choco Doughnut




















Bahan-bahan ( +- 20 biji ) :
1 biji telur
50g gula halus
4 sudu besar susu segar
80g tepung naik sendiri atau (80g tepung gandum + 1sk baking powder)
30g serbuk koko
50g coklat masakan(white chocolate or milk chocolate)
minyak secukupnya
kelapa kering secukupnya.

Cara-cara :
Ayak tepung dan serbuk koko.
Kemudian masukkan susu, telur dan gula ke dalam no.1 tadi. Kacau sehingga sebati.
Panaskan minyak. Bila minyak dah panas, ceduk adunan tadi dengan sudu kecil dan masukkan ke dalam minyak panas. (kalau nak senang guna 2 btg sudu - lebih kurang macam buat jemput2lah).
Gorenglah sehingga masak.
Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler. Bila coklat dah cair. Padamkan api. Masukkan donut yg dah siap digoreng tadi. Gaul sehingga rata. Kemudian cover pulak dengan kelapa kering.
Siap utk dihidang.
Milo version. ganti kelapa kering dengan milo

(Sumber: Myresepi.com)

Lapis Roti Berdaging












Bahan-bahan ( 6-8 orang ):
3 biji kentang di potong dadu
500gm daging cincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka)
Sedikit margerin untuk melenser

Cara-cara :
Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
Satukan Susu+telor+secubit garam
Pukul susu+telor+garam hingga sebati
Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos

(Sumber: Myresepi.com)

Popia Ayam















Bahan-bahan ( 14 ketul ):
14 keping kulit popia
1 cawan sayur campur
1 cawan isi ayam
1/2 bawang besar dipotong dadu
1/2 kiub ayam
minyak untuk menumis dan menggoreng
sedikit air
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah

Cara-cara :
Hiris isi ayam nipis-nipis
Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau
Masukkan isi ayam dan goreng sehingga masak
Masukkan sedikit air
Kemudian masukkan kiub ayam
Masukkan serbuk lada sulah
Masukkan sayur campur
Goreng lagi dalam 2-3 minit atau sehingga air kering
Ambik sekeping kulit popia. Letakkan inti yang dah siap tadi. Kemudian bungkus. Letakkan sedikit air di hujung sebagai gam. Buat sampai habis
Kemudian goreng dalam minyak penuh sehingga kekuningan


(Sumber: Myresepi.com)

Ayam Panggang Simple












Bahan-bahan ( 2 @ 4 org mkn ) :

6 hiris ayam yg dah dipotong
1 btg serai *
3 ulas bwg merah *
2 ulas bwg putih *
1cm halia *
2 sudu kicap masin
2 sudu kicap manis
1 sudu sos lada
1 sudu minyak masak
Garam & aji
Gula secukup rasa

Cara-cara :
Tumbuk kasar bhn yg bertanda *.
Kemudian masukkan bhn tadi ke dlm bekas
Masukkan semua sos lada,k.masin,kicap manis,minyak,gula,garam & aji.
Gaul rata semua bahan tadi menjadi sebati.
Masukkan ayam n gaul lagi.
Perapkan ayam dlm 1/2 jam atau lebih.
Bakar dlm oven 150c selama 30 minit(ikut oven masing2)Kalau nak panggang atas pemanggang lagi sedap.
Air lebihan dr ayam yg dperap td boleh d msk seketika ats api utk djadikan kuah ayam td.

(Sumber: Myresepi.com)