Bahan-bahan ( 4 org ):
setengah kg daging lembu (potong kiub)
setengah biji bawang besar (hiris)
baki bwg merah+halia+bwg putih yg di blend **dr resepi nasi baryani batu pahat
1 biji tomato saiz besar (belah 4)
3-4 biji cili hijau
2tbsp tomato puree
1tbsp sos tomato
1/4 cwn susu cair
sedikit ghee
sedikit rempah tumis
3 tbsp rempah baryani
garam,gula,ajinomoto secukup rasa
sedikit daun sup,daun bawang,daun pudina
1 tbsp yogurt
Cara-cara:
gaul daging dgn yogurt.sementara tu,panaskan minyak sapi (anggaran rata bwh periuk)
tumiskan rempah tumis dan bawang yg dihiris.biar bwg agak garing sedikit
masukkan baki bwg2 yg diblend.kacau sampai naik bau
masukkan daging..gaulkan.
masukkan tomato dan cili hijau.cili tu takyah hiris.masuk sebijik2..
masukkan pula daun-daun,garam,ajinomoto dan gula.kacaukan sebati
tutup periuk,biarkan lebih kurang 10-15minit supaya daging tu lembut. (pastikan kuah tu sama rata ngan daging.kalau tak rata...bule tambah air)
ambil seketul daging,picitkan..utk tgk dah lembut atau belum.
bila daging dah agak2 empuk,masukkan sos tomato,tomato puree dan susu cair. kecilkan api,kacaukan dan biar lagi atas dapur..
last skali..masukkan rempah baryani dan kacaukan sebati..
buleh la di hidang bersama nasi baryani...
update:..lupe lak nk bgtau..bule juge ganti daging ni ngan kambing or ayam.kalo kambing ikut je care ni.kalo ayam,goreng skjap(jgn smpai garing) ayam tu..baru masuk dlm kuah..=)
(Sumber: Myresepi.com)
Resepi² yang akak dah buat dan yang akak berangan nak buat. Ada yang dah diubah mengikut selera akak atau berdasarkan bahan² yang selalu ada kat dapur akak, atau yang senang nak cari kat kedai, atau yang murah mengikut budget akak.. heheh. Sukati akak lah akan.. akak yang nak masak. Jom! Kita main masak-masak!!
Saturday, September 26, 2009
Nasi Bryani Batu Pahat

Bahan-bahan ( 4org ):
3 cwn beras basmathi
sedikit rempah tumis
*6 ulas bwg merah (blend)
*5 ulas bwg putih (blend)
*2"halia (blend)
setengah biji bwg besar (hiris)
sedikit daun pudina, daun bawang. daun sup
2-3 tbsp minyak sapi
1tsp garam
sedikit pewarna kuning
gajus dan kismis sebagai hiasan (goreng)
2tbsp rempah baryani
4 setengah cwn air
setengah cwn susu cair
Cara-cara:
panaskan minyak sapi,kemudian tumis rempah tumis dan rempah baryani
masukkan bawang hiris..gorengkan sebentar.kemudian,masukkan pula 2tbsp campuran bwg merah+halia+bwg putih yg di blend tadi.(baki campuran yg di blend akan diguna utk kuah daging baryani).
masukkan air..tunggu sampai didih
masukkan daun bwg,daun pudina,daun sup.masukkan juga garam.kemudian..masukkan pula beras.kacaukan
pindahkan periuk ke dalam rice cooker.biar nasi masak
bila nasi dah masak, keluarkan daun-daun yg ade dlm periuk tu.kemudian tambahkan susu cair ke dalamnya.titikkan pewarna..kacaukan.
masukkan 2 senduk kecil rempah dari kuah daging baryani ke dalam nasi.kacau rata. (nak lebih 'kick',masukkan juga 2-3 ketul daging bersama kuah dari kuah daging tu ke dalam nasi)
masukkan gajus dan kismis.sedia untuk di hidangkan...
(Sumber: Myresepi.com)
Nasi Daging

Bahan-bahan ( 5 orang ):
1 kilo beras Basmathi
1/2 kilo daging
1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
1 sudu besar rempah kurma
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
Sedikit mentega/ minyak sapi
1/2 cawan tomato soup
1 cawan susu cair
sedikit garam
Cara-cara:
Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi, rempah kurma dan sedikit garam.
Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.
Basuh beras dan toskan.
Tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga didalam periuk nasi hingga naik bau.
Masukkan beras dan kacau sekejap.
Masukkan air rebusan daging. Kalau beras (disukat) satu mangkuk pastikan air rebusan juga satu mangkuk.
Bila beras sudah agak kembang, masukkan tomato soup dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak.
Hidangkan Nasi daging dengan air asam (tomato, bawang besar, hirisan cili merah, air asam pekat, perahan limau kasturi, sedikit belacan, garam dan gula sesedap rasa) dan daging yang telah direbus tadi.
(Sumber: Myresepi.com)
Nasi Tomato

Bahan-bahan ( 4 orang ):
2 cawan beras basmati
2 biji tomato-potong dadu
2 cawan air
1/2 cawan susu
3 sudu besar sos tomato
1 helai daun pandan
sedikit garam
## Bahan tumis ##
2 sudu mentega/ minyak sapi
2cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih-hiris
1/4 bawang besar dihiris
## Hiasan ##
Bawang goreng
Cara-cara:
Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
Masaklah nasi macam biasa.
Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng
(Sumber: Myresepi.com)
Nasi Ayam Madu

Bahan-bahan ( 2 orang ):
2 cawan beras
1/4 bawang besar
2 sudu mentega
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
madu
kicap pekat
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut adabi
sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
[hiasan]
daun bawang
daun sup
bawang goreng
daun salad/timun
Cara-cara:
Bersih ayam. Potong ikut suka
Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi
(Sumber: Myresepi.com)
Nasi Bukhari

Bahan-bahan ( 6 - 8 orang ):
1 kg beras basmati, dicuci bersih dan direndam 30 minit dan toskan
900 ml air
1/2 tin susu cair
1 cawan sayur campur
3 biji bawang besar, dihiris
10 biji bawang putih, dikisar
2 inci halia, dikisar
1 batang kayu manis
4 kelopak bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 senduk minyak sapi
bawang goreng, untuk hiasan
garam secukup rasa
Cara-cara:
Panaskan minyak sapi dalam periuk nasi diatas api, masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Kemudian tumis bawang besar yang telah dihiris sehingga naik bau, masukkan pula bawang putih dan halia yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
Tuang air dan juga susu cair serta garam, diikuti dengan beras basmati.
Masak sehingga airnya mendidih dan agak kering sedikit. Masukkan sayur campur dan gaul rata. Angkat periuk nasi dan letak didalam rice cooker dan tekan cook. Taburkan atas nasi dengan bawang goreng. Tutup dan biarkan sehingga nasi tanak. Bila sudah tanak tabur bawang goreng dan hidangkan.
Tips: Gunakan periuk nasi untuk memasak, jadi belah bawah periuk tidak hangus kerana periuk nasi jenis non-stick kebanyakkannya. Gunakan senduk kayu bila memasak untuk elak periuk non-stick bergaris. Jangan terlalu kacau beras sewaktu ia nak masak, cukup sekadar semua bahan2 serata. Ini untuk mendapatkan nasi yang tidak patah-patah.
Hidangkan dengannAyam Masak Merah dan Dalca
(Sumber: Myresepi.com)
Thursday, September 24, 2009
Biskut Koko Rangup
Bahan-bahan ( saiz acuan 21x8cm ):
50g mentega tanpa garam
*70g tepung
*15g serbuk koko
*1/8 sk serbuk kulit kayu manis
*1/4 sk baking powder
*40g gula perang
*2 cubit garam
Cara-cara:
potong mentega 1 cm. pastu masukkan ke dalam peti sejuk. Panaskan oven ke 180C. Alas dulang/acuan dengan oven peper
Ayak semua bahan-bahan yang bertanda *. Keluarkan mentega tadi dari peti sejuk. Ramas-ramaskan dengan bahan ayak sehingga jadi berketul-ketul.
Ambik 2/3 dari adunan tadi. Masukkan ke dalam acuan dan tekan-tekan biar jadi sekata dan padat. Ambik adunan yang selebihnya tabur-taburkan ke atasnya.
Bakar selama 25-30 minit.
Potong memanjang 1-1.5cm ketika masih panas-panas. Kemudian sejukkan.
(Sumber: Myresepi.com)
Home-made Chocolate

Bahan-bahan :
125g shortening
125g gula icing
6 sudu makan serbuk koko
4 sudu makan susu tepung penuh krim
Secubit garam
Cara-cara:
Ayak gula icing, serbuk koko, tepung dan garam.
Cairkan shortening di dalam periuk dengan api yang kecil.
Kemudian masukkan bahan yang diayak tadi. Gaul sehingga sebati.
Tutup api dan tuangkan cairan koko tadi ke dalam bekas/loyang.
Biarkan sejuk dan keras, barulah potong mengikut citarasa memasing.
(Sumber: Myresepi.com)
Choc Cips jugak lagik..
Bahan-bahan:
180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang ~ k.nor guna sunflower seeds
Cara-cara:
Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. Selamat mencuba ya...
(Sumber Myresepi.com)
180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang ~ k.nor guna sunflower seeds
Cara-cara:
Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. Selamat mencuba ya...
(Sumber Myresepi.com)
Choc Chip Cookies lagi
Bahan-bahan ( lebih kurang 100 kpg ):
190 g mentega- lembut
45 g gula perang
80 g gula kastor/icing
220 g tepung gandum
1/2 sk rata baking soda
1 sk serbuk koko(lebihkan jika suka utk mendapatkan cookie yang dark choc)
1/2 sk esen vanilla
170 g choc chip
170 g badam cincang kasar- di panggang
1 biji telur -yg sedang
Cara-cara:
Tepung, baking soda, koko di ayak bersama.
Mentega, gula icing, gula perang di gaul rata.
Masukkan telur dan esen dan digaul lagi hingga sebati.
Masukkan pula campuran tepung,gaul diikuti dgn choc chip dan badam cincang dan di gaul hingga rata dan sebati.
Susun doh sesudu2 di atas loyang pembakar dan bakar hingga garing mengikut suhu kepanasan oven masing2.
(Sumber: Myresepi.com)
190 g mentega- lembut
45 g gula perang
80 g gula kastor/icing
220 g tepung gandum
1/2 sk rata baking soda
1 sk serbuk koko(lebihkan jika suka utk mendapatkan cookie yang dark choc)
1/2 sk esen vanilla
170 g choc chip
170 g badam cincang kasar- di panggang
1 biji telur -yg sedang
Cara-cara:
Tepung, baking soda, koko di ayak bersama.
Mentega, gula icing, gula perang di gaul rata.
Masukkan telur dan esen dan digaul lagi hingga sebati.
Masukkan pula campuran tepung,gaul diikuti dgn choc chip dan badam cincang dan di gaul hingga rata dan sebati.
Susun doh sesudu2 di atas loyang pembakar dan bakar hingga garing mengikut suhu kepanasan oven masing2.
(Sumber: Myresepi.com)
Crystal Ball

Bahan-bahan (50 biji):
250gm tepung gandum
125gm gula halus (ikut kesesuaian)
125gm minyak sapi
Pewarna merah, hijau dan kuning
Cara-cara:
Gaulkan tepung dengan gula hingga rata.
Uli adunan dengan minyak sapi hingga menjadi doh.
Bahagi kepada 3 bahagian dan warnakan.
Cubit sedikit drp setiap warna dan gentelkan bulat2.
Bakar dalam oven.
Setelah masak, golekkan dalam gula halus.
(Sumber: Myresepi.com)
Classic Butter Cookies

Bahan-bahan ( 36 biji - 4cm ):
370g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
150g gula
150g butter-suhu bilik
sedikit esen vanila
Cara-cara:
Pukul butter sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula sikit demi sedikit. Pukul lagi sehingga putih.
Kemudian masukkan telur dan esen vanila, pukul lagi sehingga sebati.
Masukkan pula tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau dgn spatula sehingga sekata.
Wrap dgn plastik wrap. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
Keluarkan dr peti sujuk. Alaskan papan canai dengan plastik wrap. Letakkan doh kat atasnya. Kemudian letak satu lagi plastik wrap kat atas doh tadi. Canaikan sehingga setebal 5mm. Terapkan dgn cookie cutter.
Bakar dalam suhu 180C selama 20-25 minit.
(Sumber: Myresepi.com)
Milk Cookies

Bahan-bahan (hampir 100 biji):
250grm tepung jagung
1 tin susu pekat manis (yang kecik jgn abiskan)
1 sudu baking powder
butter /marjerin untuk uli tepung
perwarna -ikut suka
Cara-cara:
Gaulkan tepung + susu cair
Bila tepung dan susu dah sebati tambah marjerin utk menjadi doh .
Bahagian doh kepada dua bahagian - satu letak warna merah or warna yang disukai
Bakar dlm oven 180 = 15 minit...dah masak sejukan dulu baru alihkan dari dulang pembakar
Perhatian: Biskut nie amat lembut dan cair didalam mulut, jadi berhati2 bila mengangkat biskut dari dulang pembakar...pastikan sejuk betol baru alihkan..
Chocolate Chip Cookies

Bahan-bahan ( 100 biji ):
450g tepung gandum
1 biji telur
250g mentega
115g gula halus
110g gula perang
100g chocolate chips
3 sudu besar cocoa powder
250g gajus(panggang dan cincang halus)
1 sudu kecil baking soda
Cara-cara:
Pukul mentega dan gula sampai kembang
Masukkan telur dan pukul lagi
Masukkan tepung+baking soda yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga chocolate chips dan kacau
Masukkan gajus dan kacau lagi
Buat bulat kecik-kecik dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai
Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit
Subscribe to:
Posts (Atom)