Sunday, July 24, 2011

Marble Cheese Brownies

Bahan-bahan (8"x8"):
Choc Cake:
125gm Butter
½ cwn serbuk koko
2 biji telur - gred C
⅔ cwn gula caster
¼ cwn susu cair
¾ cwn tepung gandum
½ sk Baking powder
1 sk esen vanilla

Lapisan Cheese:
250gm Cream Cheese
⅔ cwn gula caster
1 biji telur - gred B

Cara-cara:
Choc Cake:
1- Cairkan butter - masukkan serbuk koko & kacau rata.
2- Dalam mangkuk lain, pukul telur & gula (guna whisk saja) sampai sebati.
3- Kemudian campurkan dgn bancuhan butter tadi, kacau sampai sebati.
4- Masukkan susu cair, kacau lagi.
5- Masukkan tepung & baking powder (kalau rajin ayak dulu) - kacau sehingga sebati & masukkan esen vanila.
6- Panaskan oven 175˚C
7- Alas loyang dgn griss paper (lebihkan 2")
8- Masukkan bancuhan coklat ke dlm loyang., tinggalkan 2-3 sudu besar & masukkan ke dalam piping bag (utk buat corak marble)
9- Bakar selama 15min - guna api atas bawah

Lapisan Cheese:
1- Pukul cream cheese sehingga gebu.
2-Masukkan gula, pukul hingga sebati.
3-Masukkan telur, pukul lagi hingga sebati
4-Selepas 15 min, keluarkan choc cake yg separuh masak tadi, tuangkan bahan cheese, ratakan keseluruh atas kek
5-Paipkan baki chocolate atas cheese, & lorekkan
6-Bakar lg selama 20 min atau sehingga cheese masak

Thursday, July 21, 2011

Biskut Oat

Bahan-bahan ( 50-60biji )

200gm oat (kisar halus)
100gm gula halus
200gm tepung gandum
200gm minyak sapi (di cairkan)
secubit garam
kuning telur (disapu di atas biskut)
kepingan oat sebagai hiasan(optional)
Cara-cara

Gaul sebati semua bahan kering
Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit hingga boleh di uli menjadi doh...awas, tidak perlu di habiskan kesemua minyak sapi sekiranya doh sudah lembut dan boleh di canai
terap dan sapukan kuning telur di atas biskut tadi, taburkan kepingan oat jika suka...
bakar dengan api 180c selama 20-25 min atau hingga masak

(Sumber: http://www.myresipi.com/top/detail/3056)

Friday, July 1, 2011

Chewy Double Chocolate Brownies

Bahan-bahan (8"):
90g butter
170g coklat masakan
¼ cawan serbuk koko
¾ cawan tepung gandum
½ sk garam
½ sk baking powder
⅓ cawan gula
⅓ cawan gula perang
2 biji telur Gred A
2 sk esen vanila
Badam (suka hati)

Cara:
1. Sapukan butter pada dasar dan keliling loyang 8" segiempat sama dengan kertas kalis minyak, biarkan kira-kira 2 inci terkeluar dari sisi loyang. Butterkan kertas minyak, ketepikan.
2. Panaskan oven 175˚C.
3. Cairkan butter, coklat dan serbuk koko secara double boiler, sehingga sebati. Ketepikan dan sejukkan sedikit.
4. Dalam bekas mixer, putar telur, gula dan esen vanila hingga kembang dan keputihan (agak-agak dalam 4 minit).
5. Masukkan adunan coklat tadi, pukul hingga sebati.
6. Masukkan adunan tepung, baking powder dan garam (ayak dulu kalau rajin). Pukul sebati.
7. Masukkan badam. Gaul rata,
8. Tuangkan adunan dalam loyang, ratakan bahagian atas dengan spatula.
9. Bakar 35min. Cucuk guna lidi, ada crumbs tapi tak basah (elakkan cucuk di tengah-tengah dan sisi brownies).
10. Sejukkan dalam loyang 15 min, angkat dari loyang dan kertas minyak, dan sejukkan betul2 sebelum dipotong (Potongan lebih cantik setelah disejukkan dalam peti sejuk).

Puding Roti

Bahan-bahan (8 inci):
Puding:
5 keping roti
2 biji telur ayam
¼ cawan gula
300ml susu cair (atau susu segar)
1 sb tepung custard
1 sk esen vanilla
Butter
Kismis (ikut suka)

Kuah Custard:
1 cawan air
100ml susu cair
2 sb tepung custard
1/4 cawan gula (kurangkan jika tak mahu manis)
Secubit garam
2 sb butter
1 sk esen vanilla

Cara-cara:
Puding:
1. Bakar roti sehingga garing. Sapukan butter. Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam loyang.
2. Tabur kismis di celah-celah dan di atas roti.
3. Pukul telur, susu, gula, tepung custard dan esen vanilla sehingga sebati dan tuang ke dalam acuan yang berisi roti tadi.
4. Tabur kismis lagi dan biarkan 15-30 minit bagi adunan telur menyerap sebentar ke dalam roti.
5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan sehingga keperangan selama 25-30 minit dengan suhu 180 C.
6. Boleh makan begitu saja atau hidang dengan custard sauce / vanilla ice cream.

Kuah Custard:
1. Didihkan air
2. Bancuhkan susu cair dan tepung custard, masukkan ke dalam air
3. Masukkan gula dan garam. Kacau hingga pekat.
4. Tutup api, masukkan butter dan esen vanilla