Friday, July 1, 2011

Puding Roti

Bahan-bahan (8 inci):
Puding:
5 keping roti
2 biji telur ayam
¼ cawan gula
300ml susu cair (atau susu segar)
1 sb tepung custard
1 sk esen vanilla
Butter
Kismis (ikut suka)

Kuah Custard:
1 cawan air
100ml susu cair
2 sb tepung custard
1/4 cawan gula (kurangkan jika tak mahu manis)
Secubit garam
2 sb butter
1 sk esen vanilla

Cara-cara:
Puding:
1. Bakar roti sehingga garing. Sapukan butter. Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam loyang.
2. Tabur kismis di celah-celah dan di atas roti.
3. Pukul telur, susu, gula, tepung custard dan esen vanilla sehingga sebati dan tuang ke dalam acuan yang berisi roti tadi.
4. Tabur kismis lagi dan biarkan 15-30 minit bagi adunan telur menyerap sebentar ke dalam roti.
5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan sehingga keperangan selama 25-30 minit dengan suhu 180 C.
6. Boleh makan begitu saja atau hidang dengan custard sauce / vanilla ice cream.

Kuah Custard:
1. Didihkan air
2. Bancuhkan susu cair dan tepung custard, masukkan ke dalam air
3. Masukkan gula dan garam. Kacau hingga pekat.
4. Tutup api, masukkan butter dan esen vanilla

No comments:

Post a Comment