Monday, August 22, 2011

Red Velvet Cake

Bahan-bahan:
Bahan A – Untuk diayak bersama.
250 gram tepung gandum – cikmin guna tepung kek
1 tsp baking powder – tak guna
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder
Bahan B -campur dan kacau sebati.
240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah
Pilihan kedua – sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu cair dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.
Bahan C -
113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla
Bahan D -
1 tsp cuka
1 tsp baking soda
Topping – Cream Cheese Frosting.
227 gram cream cheese Philadelphia
227 gram mascarpone – cikmin tak dapat stok ni kat bakery sini
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
360 ml whipped cream

Cara-cara::

Pertama... baca bismillah dan selawat ke atas Nabi SAW. Moga Allah bagi kek yang kita buat jadi sedap.

Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.
Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.

Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.

Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.

Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.

Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)

Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.

Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.

Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.

Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.

Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. :)))
Potong dan hidangkan.

Read more: http://cikmin.com/2011/01/red-velvet/#ixzz1VmLmv47I


Untuk buat upcake:

*** Untuk membuat red velvet sandwich, sudukan 1 Tbsp adunan di atas kertas minyak, ratakan dengan belakang sudu menjadi leper dan bulat. Bakar selama 8-10 minit. Letakkan cream cheese di tengah dan tangkupkan.

No comments:

Post a Comment